Semalam dia dah tergolek jatuh bukan satu, bukan dua, tapi sampai tangga yang ke tujuh
Hari ni dia janji untuk hati-hati agar tubuh dan jiwa sama-sama tak di sakiti tapi apa nasibnya, dia jatuh lagi Esok dia masih mahu cuba tidaklah dia tahu apa itu putus asa tapi dia kan cuma manusia, dia jatuh juga Lusa dia masih mahu mendaki tak kira jatuhnya seribu kali dia sudah lali - Seksi Ovari